Sunday, May 10, 2009

Kisah Aku dan Bonda Kesayangan

Pertama sekali, aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat bonda kesayangan, Puan Rapiah binti Haji Mohamad. Bonda aku dilahirkan pada 13 September 1949. Merupakan anak bongsu dan satu-satunya puteri kesayangan.... Bonda yang aku kenali seorang yang tabah dan cekal hati. Kisah terjadi ketika aku berumur 9 tahun, walau pun badanku kurus, tapi ketinggian tubuhku membantuku untuk menunggang basikal tua. Pada suautu hari, bonda mengajak aku pergi ke suatu tempat dengan berjalan kaki. Aku memberi cadangan supaya meminjam basikal tua jiran. Aku berjaya meyakinkan bonda untuk duduk di tempat duduk belakang. Bonda pun duduk dan aku bertahan. Kemudian tiba giliran aku naik. Aku kayuh saja terus kami terbalik! Dari tengah-tengah, tegak kami di atas basikal, tiba masa nak bergerak, terus saja kami jatuh ke kanan. Aku dan bonda ketawa mengekeh, tanpa mempedulikan orang sekeiling. Aku cuba lagi beberapa kali sehingga Bonda mengatakan, aku masih kecil dan belum cukup daya nak membawanya menaiki basikal! Tapi aku tak menunggu lama untuk membawa bonda. Kerana ketika kakakku melahirkan Amri, akulah yang menghantar bonda ke rumah ibu mertua kakakku. Heh ehehehheh! Tapi dah tak naik gerek dah.... naik motorsikal! Sekian, jumpa lagi nanti! Bye!

2 comments:

ryn's said...

selamat hari ibu fida n mak fida...

Arechick Lana said...

hahhaha...cam lawak je citernya..

neway selamat ari ibu kak...anda adalah ibu yg baik.ujarku dgn ayat2 bodek sikit..haha

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog