Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, May 3, 2009

Kopiko - Antara Sejarah, Kenangan & Pengajaran

Aku tengah tunggu KRZ, sambil dok risau tentang Fatin yang suhu badannya semakin tinggi. Demam tak duduk dengan ayah la tu. Anak2 aku memang setting kena ada KRZ. Kalau aku seminggu outstation pun depa maintain lagik.... So, layan Nightline kat tv3. Tetiba commercial break. Ada iklan KOPIKO. Itulah yang menggamit aku bangun untuk menceritakan perihal KOPIKO.
Lokasi : Umah yang arwah abah tukang sendirik,
kat Rimba Jaya, Klang.
Pelakon bukan artis : Aku, arwah abah
Tahun kejadian : Tak ingat, tapi aku masih sekolah rendah...
Saksi : Mak
Artis Jemputan : KOPIKO
.
Intro
Biarlah aku cerita perihal arwah abah dulu supaya korang tak konpius. Arwah abah mendapat kemalangan yang mengakibatkan beliau lumpuh separuh badan (sebelah kanan). Ingatannya pun hilang. Kegemarannya semenjak sakit, pantang nampak sesiapa lalu, pasti akan dipanggil. Bila sudah dipanggil, pasti pula beliau meminta sesuatu. Yang paling kerap di minta adalah air. Pemikiran aku waktu itu adalah, "Abah ni duduk saja pun asyik minum air". Aku taklah kecik sangat waktu tu tapi nampak sangat aku tak matured lagi. Aku tak terpikir yang orang tua tu sakit bukannya rasa sakit. Dia boring tak boleh berjalan dan tak boleh bergerak.
.
Ceritanya.....
Cerita bermula apabila aku lalu dan arwah abah minta segelas air.
.
Aku punyalah hangin sebab mak baru beri jer air pada abah.... Separuh menjerit aku jawab "Kan mak baru bagi tadi....". Punyalah kurang ajar aku waktu tuh.
.
Kemudian aku berlalu dan masuk dapur. Aku keluarkan gula-gula kopiko dari pembalutnya dan masukkan dalam mulut.
.
Tiba-tiba, gula-gula kopiko tu terus meluncur ke dalam tekak aku.... Aku tercekik! Aku terbatuk-batuk. Menepuk-nepuk belakang sendiri tapi tak berjaya keluarkan kopiko cilakak tu.
.
Last-last mak aku bersuara.....
"Baik Aida minta ampun dengan abah......"
.
Zasssss!
Bagaikan petir menyambar aku.
Terus aku tersedar.
Aku telah berlaku salah.
Aku kurang ajar pada abah!
.
Laju mulutku memohon ampun.
"Bah! Maafkan Aida!" sambil nafasku tercungap-cungap.
.
Dari dapur aku terdengar lafaz keramat "Iyalah, abah ampunkan!" Sejurus itu juga tersembul keluar kopiko durjana dari tekakku. Aku menangis semahunya di pangkuan abah.
.
Sejak itu, aku menjaga abah sebaik mungkin sehingga akhir hayatnya. Dan sesungguhnya aku terkilan arwah abah tak sempat melihat kejayaanku menjadi seorang guru.
.
Janjiku,
takkan aku lupa mengingatkan muridku,
tentang kepentingan menjaga tingkah laku.
Bukan hanya kepada guru,
tetapi juga kepada orang tuamu.
.
Alfatihah untuk arwah abah!

4 comments:

My Profile said...

apa apa pun kene cool dulu, kita mesyuarat dulu.

Aidafidah said...

Mesyuarat?

Tak sempat dah waktu tu.... tau nak haaaaaanggin jer!

MENYESSALLL!!!!

ryn's said...

btul tuh cikgu pida..

Arechick Lana said...

oh..saya sungguh sedih membaca sampai ternangis..sobs. T_T

adui..bab2 mak bapak ni den terlalu sensitip.

papepon pengajaran pembayaran cash tuhan kasik kan...takot.....!

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog