Wednesday, November 26, 2008

Hari Terakhir Persekolahan Sesi 2008

Hari Jumaat sebelum bermulanya cuti akhir tahun telah diadakan satu majlis cabutan bertuah khas untuk guru2.... tapi sebelum acara bermula, guru2 yang berjaya dalam permohonan untuk bertukar sekolah ke luar negeri dipanggil untuk membuat ucapan..... Yang pertama, Fendi : Pulau Pinang, kedua, Haji Zahir : Kedah, ketiga, Willy : Sabah dan yang terakhir adalah Maz : Sabah..... Sangat sedih tau mengingatkan kawan2 yang nak bertukar, tapi mereka pergi kerana ingin bersama2 orang yang tersayang, jadi kami pun redha.... heheheh....

Sunday, November 23, 2008

Hari Anugerah Cemerlang & UPSR

Pada hari Khamis, sebelum cuti sekolah telah diadakan Hari Anugerah Cemerlang dan pengumuman keputusan UPSR..... tapi aku punyalah sibuk menyiapkan bebudak tahun 1 yang masuk persembahan.... Mujur aku mendapat bantuan Zai (TAPI TIDAK ATOL YER..)dan juga Abby... terima kasih daun keladi.... Bila bebudak dah siap, aku pun naik ke dewan sebentar, melihat2 kejadian yang berlaku.... meja hadiah... guru Q 2008..... sepasang pengacara.... Juruteknik audio....

Tokoh murid.... Penyampaian hadiah.... dan masa yang ditunggu2... persembahan....yeay! Lega aku kerana penantian telah berakhir....Sekian cerita.... tammat... Ooops! Belum tamat, kisah UPSR pula yer.... Jam 11 pagi, Sudin selaku su peperiksaan sampai di sekolah diiringi 'bodyguard'nya Solah.... kendian, Zue dgn Liza sama2 excited nak bergambo sama.... kami naik ke bilik Datin sebab takut diserbu oleh bebudak kat bawah.....check siapa dapat, siapa tak dapat 5A, pastu turun bawah....Datin bagi ucapan lebih kurang, bebudak pon dah resah gelisah.... Bila diumumkan, ada yang meloncat! Ada yang menangis.... dan ini pula kejayaan anak Zue, Nana.... Tahniah yer!!! barrulah tamat......

Friday, November 21, 2008

Anak2 Singa

Kakak Singa - Fatin
.
Adik Singa - Rafiq

Mak & Ayah Singa - KAMI!!! hehehe

U Want 2 Be A Hero? Try This!

PERHATIAN!!! Kepada jejaka2 perasan yang nak jadi hero atau nak membuktikan keheroan anda, sila cuba aksi ini yer..... tapi kalau terpatah, tergeliat urat dan yang sebagainya, tiada jaminan wang dikembalikan yer.... hehehehe... Macam nilah gaya Rafiq idea nak masuk bawah katil pada suatu malam... mula2 buat mengundur... pastu masukkan bontot... pastu tersangkut dan sila menangis sekuat hati yer.... alahai Rafiq!!!!

Open Day @ SKBSD1

Pada hari Rabu minggu lepas telah diadakan hari terbuka di tempat kerjaku... khas untuk membincangkan masalah yang bebudak hadapi.... Tak ada yang spesial kecuali aku berpeluang bertentang mata dengan Ustaz Zahazan Mohamed, pensyarah UIA & penceramah bebas yang sangat terkenal...
nilah rupanya... anak sulung dia Nawal Hannan merupakan anak murid aku la.... Selepas abis semua parents balik, aku sibuk2 kemas kelas, tanggalkan carta2 dan mengumpul sampah sarap.... akhirnya clear juga kelas aku....

Leganya!!!!

Thursday, November 20, 2008

Mari Makan Nando's.....

Masih lagi kisah flashback.... bersamaan 6 November, kami ke SP dengan niat di hati nak repair dopod KRZ.... naik gila aku dgn telepon samsung tu, cakap bukan main kuat tapi masih lagi tak dengar.... jadi kira bila tahap sabar tu semakin berkurangan, maka kami terpaksa merepair dopod yang punah kerana skrin dalamnya yang retak..... Nak tau kenapa retak? Sebab dipijak.... Nak tau kenapa dipijak? Sebab diletakkan dalam poket seluar yang dilondehkan diatas lantai? Nak tahu kenapa londeh seluar letak atas lantai? Itulah sikap anak2 mak yang maknya jadi babu angkatkan seluar anak2.... so, sila berubah yer, lelaki2 anak2 mak sekalian...... Sampai2 jer, terus p hantar repair la... sebab amik masa sejam nak perbaiki... lepas hantar, barulah boleh kami makan.... hari ni teringin nak rasa ayam nandos.... anak2 pulak tidur.... jadi ada peluang nak makan puas2 la..... KRZ tengah pikir nak makan apa.... muka aku jangan lupa yer.... Antara hidangan..... tetiba anak2 bangun... kalut aku oder old style chips untuk Fatin..... Gaya Rafiq.... apa yang aku makan? 1/4 chicken mild with 2 rice.... 1 1/2 rice kasik KRZ sebab dia nak makan nasik.....Pastuh Fatin mengamuk bagai nak gila pengsan, sehingga menggugat ketenteraman customer lain nak makan, maka aku terpaksa merasuah beliau dengan aiskrim ini yer.... Oh! Sangat sedap tau aiskrimnyer.... teringat2.... sesudah makan, maka kami kembali ke kedai tersebut yer.... sambil2 tu Fatin suka benar melihat manusia2 sedang ice skating..... Tau tak berapa harganya kos memperbaiki skrin dopod tersebut? RM320!!! Aiyark!!!! Beringatlah yer selepas ni... bukan senang nak simpan duit.... pastu kan macam sayang jer.... Sebelum balik aku amik gambar piano ni... tadi waktu kami sampai, ada manusia sedang bermain piono tersebut... KRZ kata SP bayar dia untuk main..... Oooohhh! Yang penting kerja, baru ada duit..... Bukan macam sesetengah manusia yang memilih kerja konon2nya, tapi tak sedar makan minum mak ayah yang tanggung!!! Wassalam!

Wednesday, November 19, 2008

Aksi Birthday Boy!!

Baik, mula balik umah, Fatin menjerit....YES!!!! Nak tau kenapa? Sebab ni ha... lego pemberian Kak Azah untuk Rafiq, dia dah pandai main...... ok... mari kita saksikan aksi Rafiq nak masuk kotak yer... mula2 hulurkan kaki....kemudian masukkan sebelah kaki... kemudian kedua2 belah kaki.....Gunakan tangan untuk memegang kotak, supaya anda lebih stabil....Adjust lagi supaya anda dapat duduk.... dan YES!!!! Rafiq pun nak yes jugak.....Hehehe....

Majlis Makan2 Birthday Rafiq...

Alhamdulillah, anak bujangku kini sudah genap satu tahun.... kebetulan ulangtahun kelahirannya tahun ini jatuh pada hari Isnin, maka aku dan KRZ bersetuju untuk membuat majlis makan2 kecil2an pada hari Ahad 9 November 2008..... KRZ mengarahkan aku menjemput orang seperti majlis Fatin tempoh hari, tapi yang datang hari tu semua tak dapat datang.... kecuali bebudak KCT la.... Mula2 harus ada gambar birthday boy.... Kek yang bakal dimakan..... acara memotong kek... Sungguh menumpukan perhatian..... Kebetulan hari ni birthday Mie, jadi, aku suruh dia tiup lilin la... dan tolong potong kek.... Apahal pegang pisau terbalik tu bang? Ops! Lupa bagitau Mie datang dengan Abrar sebab Niza keje... Makanan yang tersedia, Nasi Ayam dan Bihun Sup... Ok...anak siapa yang comel ni....namanya A'isyah...ha...inilah ibubapa anakanda yang sangat comel tadi, Kak Azah bersama Abang Wan..... so, Rafiq, sila jaga budi pekerti yer, tu anak Ustazah tau!!! Bila sudah makan, para tetamu semuanya mencari dinding tempat bersandar..... Ina dan Ejan pun ada.... kendian Acik dan Ina mengerjakan Rafiq dengan memakaikan baju serta kasut baru...terima kasih semua kerana sudi datang makan dan bagi hadiah.... Oh, mesti anda semua hairan, di mana kakak birthday boy? Dia tido... bila orang dah balik, baru dia bangun..... kesian kena makan kek sorang2..... hehehehe....

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog