Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, July 18, 2008

KRZ melayan Rafiq dan Aku!!!!

Semalam, pas balik dari kerja KRZ melayan Rafiq, dibubuhnya bateri dalam pistol - bila dia tekan punat, keluarlah buih2 belon.... Rafiq pun apa lagi ternganga -nganga nak tangkap buih dengan mulut sambil tangan tergapai-gapai nak musnahkan belon... Pastuh, KRZ tanya aku nak makan apa... aku jawablah apa pun boleh... dia ajak pergi satu restoren kat SB.... Tapi aku dah lapar sangat, makan ni dululah.... Sebab Fatin tengah tido dan Rafiq pulak nak minum susu.... tengoklah gaya si Rafiq kalau dapat susu... nak tahu kenapa dia tarik rambut? sebab bila dia minum susu, dia rasa mengantuk... bila dia mengantuk dia akan tidur, bila dia tidur, dia tidak dapat nak bermain... maka, tarik rambut adalah cara untuk mengelakkan dirinya tertidur... bila tertidur, akan terlepas banyak peluang pada dia... jangan kata Rafiq, Fatin dulu pun macam tu jugak.... Pastu Fatin pun bangun, sementara aku bersiap , sempat ku snap gambar KRZ mencabut bulu hidungnya... nak buat macam mana, bulu hidung manusia almaklumlah, makin dicabut, makin menaikla dia..... kalau sumbu pelita, makin naik, makin pendek kan? atau badak sumbu langsung takder sumbu pulak! aaarggghhh!!! biarlah hal sumbu tu, apesal terdiskass pasal sumbu plak ni... Setelah semua complete, maka kami pun pergilah ke tempat yang dicadangkan oleh KRZ tadi... Nilah gambar restoren tue... Ni pulak gambar makanan aku... Sekejap ada....Sekejap takde.... dah hilang, masuk perot da.... (orang demam tak boleh masak...) Sementara nak keluar, Rafiq sempat mencapai lagi iklan2 kat atas kepala tuh... kemudian Cik Fatin tak mau balik sebab nak duduk kat kusi meja warna biru kat depan pintu... tengoklah gaya dia...... Puas jugalah memujok...dan akhirnya selepas merasuah anak sendiri dengan cokelat, barulah kami berjaya membawanya ke kereta... balik, umah, takdak ektibiti sebab aku ngan KRZ sama2 telan ubat pastu suma masok tidor awal.... the end....

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog