Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, July 30, 2008

Perkhemahan Pengakap Wanita Selangor

Seperti yang diketahui umum, aku takdok sepanjang hujung minggu lepas melanjut ke hari Isnin... aku bertugas sebagai jurulatih bagi Perkhemahan Pengakap Wanita peringkat negeri Selangor.... Berikut kulampirkan gambor bersama keterangan ringkas.... Mula2, kena basuh dulu transport kesayangan aku nie....

tau tak apa kata mat bangla tue? Gambar ada ka ka?

Sejumlah 506 ahli pengakap muda+pengakap remaja seluruh Selangor...

Malam pertama ada meeting untuk semua jurulatih, ajk dan guru pembimbing.... sebagai jurulatih baru, kami p dengaq... tapi takde apa pun untuk kami, jadi kami cabut awal... Ini gambor aku dengan Iza....

ni pulak dengan rabiatul....KRZ datang ngan fatin malam tu (atas permintaan aku: tolong hantar iron & totto)... kami keluar p makan....KRZ pun happy dapat jumpa geng...
Aktiviti kami bermula Sabtu, aku ditugaskan aktiviti air, macam mana la agaknyer asyik terpikir dalam kepala otak aku, pasal aku berenang pun tak reti.... tapi aku harus menjalankan amanah yang diberi....nilah antara geng aku waktu aktiviti air, Sally dan Liana.... Ni pulak, seperti biasa, aku n Iza....Sebab dah sejuk seharian berenang....(alasan!), Sally ajak kamik pergik carik buah yang dapat memanaskan badan.... Apalagi mestilah Raja buah, DURIAN.... tetapi Sally dan Fify tetap jugak beli buah ini....cantikkan gambornya.....
Lepas habis beli, sempat lagi posing kan...? (bukti....) Bila malam menjelang, aku sempat snap gambor manusia mendera manusia dengan meletupkan kepala manusia yang telah menyerahkan kepalanya.... setelah puas meletupkan kepala... tibalah masa untuk operasi memperabih dorian.... kelihatan suku sakat jurulatih sedang menikmati durian... aku dan Iza sedang makan....
nilah satu2nya biji durian yang sempat aku snap....
Aku siap kena kutuk sebab amik gambor kau wahai bijik durian!!! Huhuhuhu....
aku suka tapi tak rasa macam nak makan banyak2 malam tu..... Kemudian ada aktiviti karaoke, aku tak terus tidur tapi melayan Casino Royale, pastu baru aku sleep....

Hari kedua pula, aku jaga aktiviti air setengah hari jer... penat giler.... walaupun bukan berenang dengan teknik yang betul, tersangatlah penat tau menguak2 air tu.... so petang, kawan2 pun bermurah hati nak tukar aktiviti... aku jaga wall climbing....Petang tu, Sally kata bos kami bg duit belanja org yg jaga aktiviti air.... nilah gambor makanannyer....suma sekali hampir mencecah RM80, bukannya kami burok lantak yer... untuk makluman, kami ada 'tapau'kan makan untuk yang mengoder...(ayat cover line) Malam tu...ada persembahan malam kebudayaan... ada seorang Pemimpin Pengakap yang memang best! Gred A!!! dia ni ala2 sosial, tak berapa disukai oleh geng2 alim ulamak.... (kata diala....) tapi kami geng JU tak kisah, biarlah dia dengan cara hidup dia, yang penting, kerja jalan.... dia takder nak kata2 org pun.... bukannyer bila berkawan tu, kita kena ikut perangainya kan? kan?

Kini tibalah ke hari yang terakhir.... ni gambor yg first aku snap,

gambor Tuan Jagung a.k.a Tuan Basri...,

pastu, gambor kamik.... org kuat pkk selangor...ketibaan ketua pengakap negara,Dato' Seri Shafie.... Dato' Seri memeriksa barisan.... Tengoklah kami.... sempat lagi nak posing...
Aku suka sgt tgk gambor ni, kemas jer semuanya..... Overall, aku suka sangat dapat pengalaman, best ke tak best, belakang cerita... bukan semua org dapat rasa apa yang aku rasa.... kat sinilah baru kita kenal, siapa kawan, siapa lawan.... ok.... Wassalam....bye!

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog