Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, December 6, 2008

Kelas Persediaan RAE

Pengenalan : Apa itu Radio Amatur? .
Yang aku tahu adalah satu cara perhubungan yang percuma dan amat berguna kerana boleh digunakan secara meluas tidak seperti handphone anda yer....wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dan lulus peperiksaan yang diadakan 2 kali setahun.... (kena amik periksa sampai lulus....) bila dah lulus, barulah kita mendapat callsign atau kata ganti diri yang boleh guna dalam negara & antarabangsa.... callsign yang rasmi adalah 9W2*** disebut Nine Wiski Two yang bintang tiga itu adalah 3 abjad pilihan anda yang akan didaftarkan sebagai pengenalan diri anda..... Radio amatur juga amat berkesan digunakan semasa kecemasan dan bila berlaku bencana alam... bayangkan, semua orang menggunakan handphone sehinggakan tiada lagi talian yang boleh digunakan.... waktu inilah radio amatur amat berguna....
.
Kalau macam kelab yang KRZ sertai adalah kelab radio komersil, takde lesen masih boleh memancar selama 3 tahun, jika masih tidak mendapat lesen, sila perbaharui kontrak yer... dan radio kemersil juga kawasan liputannyer tidak luas kerana tidak terjangkau oleh pengulang atau dalam bahasa radio disebut repeater....
.
Repeater adalah satu gajet seumpama antena, ianya berupaya menerima dan memancarkan semula suara2 orang yang memancar menggunakan peralatan sama ada dari rumah, kenderaan dan sebagainya....
.
Terdapat bahasa2 radio yang tidak difahami antaranya XYL mewakili isteri, YL: aweks dsb... ada juga q-code seperti QTH : lokasi anda?, QRL : sibuk, QSL: faham dan banyak lagi... tujuan singkatan2 digunakan adalah untuk meringkaskan perbualan....
.
Begitulah serba sedikit... KRZ, kalau ada salah, tolong betulkan yer.... .
.
Cerita bermula:-
.
Maka pada hari Ahad pagi, kami telah sama2 pergi ke SMK Teknik Kajang untuk mengikuti kelas persediaan RAE anjuran SCS..... sampai awal juga... sempat juga nak bergambar..... dan meja pendaftaran.... bila dah mendaftar disuruhnya kami pergi ke kantin untuk bersarapan.... walau pun aku dan KRZ dah pun makan, kami tetap jugak pegi.... konon2nya nak bersosial.... tapi aku makan jugak hehehehe.... Yang baju hijau tu depa panggil ketua darjah..... Kesian ketua darjah tidur jer dalam kelas sebab tak tahan mengantuk... semalamnya dia p menyelamatkan kawan2 yang tenggelam.... tenggelam dalam operasi mengecas!!! Macam2 la....KRZ yang bersosial.... Suasana dalam kelas.... Kelihatan Wak Bong menumpukan seluruh perhatian....geng aku... KBS1 dan KBG1.....Nota dan contoh soalan.... Bolehkah kita bertahan selama satu hari untuk menerima input2? Oh tidak! Menjelang 4 petang, ada yang seperti cacing kepanasan, ada juga yang mengantuk bagai... Jam 4.30, akhirnya tamat diskusi contoh soalan... kami terus pegi minum petang di kantin... Oh! Leganya dah abis!!!!

1 comment:

Arechick Lana said...

hamboih..akak sudah expert nampaknya ek..bagos2.pasni leh bukak kursus..huhu

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog