Saturday, March 21, 2009

And the memory remains....

Hari ini adalah ulangtahun kelahiranku yang ke-28. Yer, aku sudah bertambah usia. Doakan agar aku peroleh ketenangan, kebahagiaan dan kemurahan rezeki yang berpanjangan! Saja nak kongsi gambar2 aku dari kecik...... Aku adalah anak kelima dari 7 orang adik beradik. Beza 7 tahun dengan abang atas aku, Abang Adi. Jadi kelahiran aku sangat dinanti2......Sampai semua barang baby mak aku belikan yang baru..... Even anak2 patung kakak2 aku pun jadi aku punya!Bila tengok gambar atas meriam ni, barulah aku tau kecik2 dulu aku adalah jendul! Huahuahua.... itu pun aku ada hati nak tuduh Fatin jendul macam KRZ!Mak aku cerita, memang dia rileks sangat bila aku lahir sebab aku ada 2 abang dan 2 kakak yang sudi nak menjaga aku..... Pastuh, umur aku tak sampai setahun, aku dapat adik.... adik yang sangat berbeza fizikal dengan aku..... nanti last sekali baru korang tau kenapa..... Gambar ni aku suka sangat..... mak aku kata, aku paling manja dengan arwah abah..... kalau aku menangis, aku akan panggil abah...... Yang ni dengan Kak Ana... Dalam 2 tahun umur aku waktu nih.... Yang ni pulak, kalau tak silap aku kat MRSM, Jasin ngantor abang Atan.... Aku dari kecik dah diajar bertanggungjawab...... mesti usung adik aku kemana2.... Dengan abang Atan yang balik dari asrama..... Graduation Day at Preschool.... Menari dengan hero tamil..... Gambar seterusnya pula: Menyibuk dengan mak yang bersiap nak p pejabat pos kuarkan belanja bulanan kita orang.... Iklan ~ Arwah abah dah sakit waktu nih... Belanja bulanan adalah sebulan sekali dikeluarkan di Pejabat Pos Seksyen 16..... Sebulan sekali itulah baru dapat rasa makan ayam..... Oh! Sedihnya.....aku adalah tak pandai kontrol lubang idung pada waktu ni.... hahahahhaha! Dengan adik aku.....Azah. Sekali pandang macam dalam rancangan Bersamamu kan? Iklan ~ Baru2 ni Azah ada tanya aku, "Kekda (panggilan adik2 pada aku) ko ingat tak kecik2 "Dulu ko kata aku anak orang India?" Aku marah dia, "bila pulak aku kata macam tu?" Dia kata memang dulu aku kata dia sebenarnya anak India, pastu mak aku amik jadi anak angkat! Sori eh dik! Aku dah lupa aku begitu sengal dulu.... Yang aku ingat, aku memang jaga kau sepenuhnya dulu..... Yang ni waktu darjah lima, Kak Ana kawin.... kelihatan Kak Ton dengan spek besar......
Yang ni pulak, masa aku darjah 6. Camping kat Sungai Chongkak..... Aku adalah rabun waktu ni.... Last sekali gambar raya kat umah mak aku.... See, Azah adalah pendek kan? Sebenarnya aku adalah perempuan tertinggi kat umah aku....Dah lama ni.... Aku form 5 kot.... Aku adalah sangat kurus kan? Budak paling kecik dalam gambar tu sekarang dah tingkatan 1 tau! Apa pun, aku harap korang suka tengok gambar2 aku ni.... Aku dulu adalah susah, jadi mana gambar yang ada memang aku simpan elok2lah..... Baiklah, sampai jumpa lagi yer, nak siap barang nak p mancing pulak....Bye!

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog