Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, March 9, 2009

Hanya kerana sekeping roti canai...

Pagi2 ni, KRZ ajak aku p kedai, dia nak antar bateri kereta untuk di cas.... Sebab aku yang dok bawak coure dia sekarang nih.... Dah alang2 keluar, kami singgah di kedai mamak untuk sarapan pagi... Kami makan menu biasa rakyat Malaysia iaitu teh tarik, roti canai dan nasi lemak.... Yang aku nak cerita kali ini bukan pasal kami makan pagi nih.....tapi kenangan aku kat waktu kat JB dulu.... Pada hari Sabtu atau Ahad, biasanya aku dengan adik angkat aku, Azizah akan pergi pasar yang betul2 berhampiran rumah kami.... Pada suatu hari, bila dah beli lauk pauk, kami berhenti makan.... Aku oder roti canai.... Bila roti canai sampai, aku tengok belum dipotong.... tahukah korang aku tak tahu macam mana nak carik2 roti canai guna sudu garfu? Aku cuma pandai tarik bila guna tangan.... Tengok keadaan keliling, takde sinki tempat basuh tangan..... Jadi aku teruskan guna sudu garfu.... Berjuraian air mata mengenangkan KRZ yang selalu koyakkan roti canai aku dengan sudu garfu.... Sebenarnya aku rindukan KRZ..... Seksa sungguh rasanya bila terpisah dengan suami tersayang.....Oh! Sebab tu sekarang, kalau nak ke mana2 aku nak sangat ikut.... kalau yang memang tak boleh... barulah aku tak ikut.... Bukannya sebab aku ni Queen Control tau! Hehehehe!

1 comment:

Arechick Lana said...

perghh...tetiba touching baca citer ni..sobs. T_T

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog