Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, February 14, 2009

10 sebab mengapa wanita perlukan Internet

GOLONGAN wanita yang sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya apabila ingin mengetahui sesuatu maklumat pasti mahu mendapatkannya dengan cepat dan tepat. Jadi sebahagian besar wanita moden hari ini banyak bergantung kepada Internet bagi memperoleh apa yang diingini. Namun, masih ada yang ragu-ragu tentang 'kebolehan' Internet dalam membantu memudahkan hidup mereka. Bagi golongan ini, berikut 10 perkara boleh dilakukan di Internet yang dapat memudahkan hidup mereka.
1. Idea mencari hadiah: Mencari hadiah yang sesuai kadang kala menimbulkan dilema. Namun, kini terdapat banyak laman web yang boleh dilawati untuk mendapatkan idea bagi mencari hadiah untuk diberi kepada mereka yang disayangi. Di sini anda dapat melihat apa yang popular untuk kanak-kanak dan apa yang terkini untuk remaja atau golongan dewasa. Cuba layari findgift.com dalam pencarian anda itu.
2. Membandingkan harga: Dengan melayari Internet anda akan temui beberapa kedai berbeza yang menawarkan produk yang anda inginkan. Bagaimanapun, anda tentu tidak tahu siapa yang menawarkan paling murah. Anda mungkin boleh menghubungi kedai paling dekat (anggap harga mereka bukan yang termurah) dan beritahu mereka di kedai lain yang menjual barang sama pada hari lebih rendah. Kedai yang anda hubungi itu mungkin bersedia untuk memberi harga yang sama dan anda bukan saja dapat menjimatkan belanja malah masa dan duit minyak kerana tidak perlu pergi kedai yang lebih jauh.
3. Kupon atau baucer: Sesetengah pengeluar produk sekarang menawarkan kupon di laman web mereka untuk di cetak dan digunakan bagi pembelian secara online. Cuba cari jenama yang anda sukai dengan menaip perkataan kupon untuk melihat apa yang mereka tawarkan.
4. Maklumat perubatan: Anggaplah anda bukan dalam situasi kecemasan, Internet mungkin dapat membantu anda mendapat idea tentang kemungkinan masalah kesihatan yang anda hadapi. Sesetengah laman web kesihatan mengaitkan simptom dengan kemungkinan penyakit yang dihidapi dan juga memberi saranan tentang rawatannya. Begitupun ini sekadar cadangan dan anda masih disarankan untuk bertemu doktor.
5. Mencantikkan kediaman: Laman web lakukan sendiri (Do-it-yourself) tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Ia mengajar kemahiran seperti mengecat rumah, membina laci, membetulkan sing atau mereka taman. Zaman menelefon dan bertanya kepada profesional tentang tips dan pandu sudah berlalu, sebaliknya hanya taip nama projek yang ingin dibuat bersama perkataan 'How to' di hadapannya dan anda akan memperoleh segala maklumat tentang cara membuatnya.
6. Penyelidikan: Sama ada anda merlukan maklumat untuk kerja rumah anak atau untuk anda sendiri, gunakan enjin carian paling berkuasa ini untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan. Mencari buku, definisi perkataan, tarikh, kajian dan tarikh-tarikh bersejarah adalah cukup mudah. Jika anda masih tidak memperolehnya, anda hanya perlu mencari nombor talian perpustakaan online bagi mendapat bantuan mereka.
7. Mempelajari kemahiran baru: Adakah anda sudah bersedia untuk menambah kemahiran baru dalam resume? Bagaimana pula belajar menulis resume yang lebih baik?. Belajar bahasa kedua, skil menaip lebih pantas atau mendapatkan resipi baru, segalanya boleh dilakukan melalui Internet.
8. Membayar bil: Masa adalah emas. Membayar bil dan urusan perbankan lebih cepat dan menjimatkan masa melalui Internet.
9. Perbandingan produk: Mahu membandingkan dua produk yang hampir sama? Lakukan carian di Internet bagi setiap produk dan dapatkan segala maklumat terperinci mengenainya tanpa perlu keluar rumah atau pergi dari satu kedai ke satu kedai. Buat senarai pro dan kontra dan anda akan temui yang terbaik.
10. Menjual produk: Memulakan perniagaan dan mendapatkan pekerjaan melalui Internet. Bagaimanapun berhati-hati penipuan yang menawarkan pendapatan lumayan dengan cara mudah. Buat penyelidikan dulu sebelum memulakan langkah memilih sebarang idea meraih-wang dari rumah. Lebih elok jika anda memulakan perniagaan tulen menjual produk atau perkhidmatan melalui Internet.

No comments:

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog