Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, August 5, 2009

Lawatan ke KL

Macam aku ni bukan orang Lembah Klang pulak, bataknya berjalan2. Sebenarnya memang payah nak pergi pun. Dulu pernah cuba pergi dengan KRZ waktu cuti, tapi semuanya tutup. Hehe... Kami pergi ke 4 tempat iaitu Muzium Negara, Planetarium Negara, Memorial Tun Abdul Razak dan Pusat Sains Negara.
Oleh kerana peserta semua ada guru pengiring, jadi aku mengambil kesempatan berdating sakan dengan KRZ. Bila sampai ke bahagian Sejarah Negara : Sebelum, Semasa dan Selepas Kemerdekaan.
KRZ tetiba keras, dan aku terus snap gambar ni. Tapi tak jadi sebab dia memang manusia yang bernyawa! Hehehe! Banyak jugak benda menarik kat situ.
Antaranya 2 pasang terompah ni... Aku rasa aku takkan sanggup nak memakainya. Aduyai! Mau tercabut kaki aku. Tapi itulah sejarah orang dulu-dulu....
Sementara di memorial Tun Abdul Razak,
memang best sangat sebab banyak info kat situ, salah satunya yang keluarga YAB Dato Seri Najib ni memang berasal dari orang kaya dengan gelaran 'Orang Kaya'. Tengok bilik mandi dia lebih besar dari ruang tamu rumah aku. T_T. Dan satu lagi, Tun Rahah, juga sangat cantik la.... terkagum aku melihat gambar2 kat galeri ni....
Kat sini sebenarnya ada dua galeri. Dan pihak pengurusan sediakan 2 sets of soklan kuiz untuk rombongan. Yang seronoknya adalah peserta sebab boleh dapat goodie bag!
Inilah isinya....Best kan?? Oklah yer....
Sampai jumpa lagi nanti... Bye!

1 comment:

Arechick Lana said...

hehehe..sama la.suke g melawat muzium jugak.

eh kak,nape skang cite asik pendek2 je.pemalas ke ngelat nie??haha

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog