Memang aku seorang yang cuai....
sangat2 careless sehinggalah pada pagi Jumaat
yang lalu aku mendapat pengajaran yang
memang setimpal dengan kecuaian aku...
.
Aku suka tak zip handbag aku...
jadi barang2 kepunyaan aku semuanya
boleh melompat keluar dengan mudah...
.
Aku singgah di KawanKu untuk
mengeluarkan sedikit wang,
khas ku simpan duit baju sukan bebudak,
ada sejumlah RM400....
.
Pastu bila sampai skul,
aku pegang beg khas berisi wang sambil berfikir dalam hati,
nak bawak ke nak tinggal saja dalam keta....
Bila aku ingat perlu serahkan wang tersebut,
aku bawak saja beg tu...
masukkan dalam handbag...
.
Aku keluar keta, loceng bunyi....
jadi aku bergegas naik ke office untuk sign in....
Pastuh aku berjalan ke meja Lea
letakkan kertas untuk dia lamminate...
Pastu sambil turun aku sembang ngan Datin
yang nak baju pengakapnya berlengan pendek...
.
Pastuh ada parents nak jumpa,
sembang ngan parents sat...
.
lepas sembang tuh, aku teringat nak jenguk beg....
tengok2 beg duit tu dah tak ada...
.
AIYOYO!
mana itu beg sudah pigi?
.
bagaikan ada satu kuasa yang menyedut
semua darah dalam badan aku ni....
pucat lesi aku dibuatnya...
.
mula2 tu aku cuba untuk rileks ...
aku patah balik ke office,
ke meja Lea, ke kereta...
semuanya takder...
.
Aku ulang lagi sampai berapa kali
aku pun tak sempat nak kira waktu tu...
.
Last2, aku panik juga mengenangkan
sejumlah wang yang ada tu...
.
Aku mula khabarkan pada kawan2....
Depa semua suruh aku rileks....
kalau ko boleh ke rileks ha?
Ada 1k ++ kat dalam tu.... aiyo!!!!
Gaji sebulan tuh...
.
Ramai yang tolong aku termasuk Azril, Nani,
Hafiz, Aswad dan Ros yang dah pindah
pun aku mintak tolong gak....
.
Aku siap balik umah kot2 ada kat umah tapi hampeh!
Last2 aku decided, kalau ada rezeki aku,
aku akan dapat balik beg tu...
sambil2 pura2 gumbira,
aku p tengok bebudak transisi...
.
Tetiba Faizul yang baru balik dari kantin lalu sambil tanya,
ada hilang beg duit ker...
Dia pun kata "Waktu saya nak masuk parking,
ada nampak benda coklat2 kat atas tar...."
.
baru aku nak p tengok, Azril datang dengan senyuman
sambil kedua2 tangan di belakang!
Dia dah jumpa beg aku betul2 di sebelah tayar
keta Faizul...
.
memang sahih beg tu terloncat
keluar waktu aku kalut pagi tadi.....
Leganya aku rasa....
tak payah nak mengganti duit orang...
.
HAAAAAAAAIHHH!!!!
1 comment:
bahaya la kak!!!lenkali zip beg molek2..acik pon ada sipat malas zip bag jugak..cite ni benor2 membuka mataku..
wahh..tetiba ayat cam kesah benar..uhuks
Post a Comment