Alkisah semalam...tak pasal2 aku terlibat dalam miting kokurikulum, asalnya aku takde pape jawatan pong... tup2 depa nak melantik aku jadi ketua rumah sukan.... apa pun terima kasih sebab bagi kepercayaan kat aku walau pun aku tak pasti dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik atau tidak....
.
Meting kali ini lebih menyeronokkan dari biasa kerana ada suasana meting... maksud aku ada respon dari pihak guru.... sebelum ni kami guru2 biasa ni hanya mendengar saja dari pihak pentadbir... meting lebih sesuwai dipanggil taklimat...
.
Lepas balik meting, berjanjian nak berdating dgn KRZ.... bukan nak kemana2 pun, nak ke KWSP Jalan Gasing, amik latest statement...
.
Lepas balik KWSP, teringat aku belum claim rebet: aku kan baru renew roadtax keta...(sori takde ceritanya) so, kami p la Pejabat Pos TTDI.... punyalah ramai orang, amik nombor, isi borang aku pun tunggu kat situ... tetiba KRZ datang kata dia nak p makan rojak.... Dalam hatiku berkata, takleh jadi, aku pun nak p makan rojak juga.... ku tengok nombor giliran, ada lebih kurang 60 orang lagi sebelum aku...(punyalah ramai, kan?)
.
Berdesup aku keluar..... tengok2 KRZ sedang makan rojak dengan rakusnya... aku pun oder satu, beserta minuman ini...
.
Sesudah makan, kembali ke pejabat pos, bila jam menghampiri ke angka 5, baru sampai giliran aku....Haih! Lamanya... nasib baik dah makan dulu tadi.... kendian kami terus p jemput anak2 sebelum terus pulang ke rumah... Sekian, Wassalam...
1 comment:
yoh..takdak gambo rojak.
so kureng la bernapsu lapo saya di sini..heheheh
Post a Comment