Selepas Maghrib aku bersiap untuk pergi open house SCS di Taman Layang-Layang... memang, aku akui, aku ngan KRZ jer tau kenapa aku jadi begitu sedih...
apa yang aku boleh kata, tentang sambutan aidilfiti tahun ini... memang tak baik aku mengeluh dan merungut, tapi nak tak nak aku terpaksa luahkan juga perasaan aku... sewaktu kami on the way, KRZ tanya aku, nak pergi ke situ atau takde mood.. kalau ikut aku memang aku takde mood sangat! Tapi KRZ dah tunggu Eyeball Raya ni lama... takkan aku nak pentingkan perasaan aku jer? Aku tak mau pentingkan diri....
Pukul 10.30, aku ajak KRZ balik... dah tak tertahan lagi, anak2 pun mula bukak saluran masing2.... sambil balik tu, berjuraian air mata... tetiba juga aku terkenang lagu2 dari kumpulan The Flybaits, (itu yang aku tepekkan lagu baru!)
balik jer aku terus tidur....sementara nak tidur, anak2 kacau - aku marah : KRZ yang tidurkan depa.... sedang aku nyenyak tidur, KRZ kejut aku perlahan2 sambil tanya sama ada aku masih sedih lagi... Owh! Sungguh berdosa aku kerana membuat suamiku begitu! Maafkan aku, aku tidak sengaja... entah mengapa jiwaku ini teramat sensitif di saat itu.....
1 comment:
mengapa?apakah yg berlaku..
cam serius je bunyiknya..
Post a Comment