Hari Isnin, malam aku bertekad untuk menghantar kuih2 raya yang kawan2 aku oder, taklah banyak, saja nak bagi kengkawan merasa kan....Tapi sebelum tu, KRZ bawak kami p One Utama, nak makan pizza katanya... bila kami sampai, walaupun masih awal, semua tempat dah penuh, terpaksalah kami p cari alternatif lain....
p turun kat supermarket, beli pretzel....dan ini item baru iaitu Pretzel Stick!!!
Fatin punyalah suka makan.... Sama jugak ngan Rafiq...Kemudian naik semula, dan tunggu dalam lima minit dapatlah seat...
menu Ramadhan....Tempat duduk kami yang ada cermin ditepi....
ini gambar dalam cermin tau....Kami cuma oder 1 large meatball bolognaise,
1 personal hawaiian chicken,
4pcs grilled wings+ice lemon tea....
Tengok Rafiq makan ayam....Fatin pulak makan sup ayam....dan aku...makan pizza...KRZ? tak dak gambor pasal dia makan spaghetti tu cepat sangat...sampai aku pon lupa nak amik gambor dia.....tamat satu babak... Kemudian kami terus p Seksyen 16, Shah Alam,
ni gambor Rafiq dengan Ashikin, adik member aku Linda....
Ni kakak dia pulak, Ashida, sibuk basuh bunga....nak rayalah katakan....
Gambor Fatin dalam umah mak Linda,
sampai2 terus duduk tengok tv, dapatlah pujian dari Shikin kata anak aku baik punya perangai, pandai bawak diri...ye ker? harap2 begitulah yer sampai besar nanti....Kemudian kami gegas p Sg. Rasau pulak nak jumpa kawan aku sorang lagik, iaitu Junaida....
punyalah suka kat Rafiq..Fatin waktu ni tido....jadi takde gambo...sebelum balik, sempat gak aku sms ngan Acik, katanya ada bebudak KCT lepak kat Al-Rafii....aku pun ngajak KRZ ke situ....baru jer sampai, Biebo nak balik, katanya nak rehat esok pagi2 nak balik kampung....selepas bagi ucapan Selamat Hari Raya, kami pun tengok ayam pasang mende ntah kat sisi cermin tu....duduk seploh doploh minit, KRZ dah rasa lain macam, selesema makin teruk, terus ajak aku balik......
No comments:
Post a Comment