Suatu masa yang telah lama berlalu, ada seorang remaja perempuan yang baru berpindah ke rumah baru untuk memulakan kerjaya idamannya selama ini....
Segala persiapan perabot di dalam rumah itu telah disempurnakan oleh ayahnya.... Ayah siapa yang tak mahu anaknya berada dalam keadaan selesa dan selamat?
Segalanya berjalan lancar sehinggalah tiba pada suatu malam, di mana remaja perempuan ini, akhirnya berseorangan di rumah sewa baru setelah seminggu ibubapanya menemani....(ayah dan maknya terpaksa pulang : takut mati ayam dan itik di kampung....)
Remaja perempuan ini yang lebih baik aku namakan sebagai Siti, berasa ada kelainan ketika beliau hendak tidur... "Sungguh aneh perasaan ini", desis Siti di dalam hati....
Memikirkan dia seorang penakut dan sangat suka membayangkan yang bukan2, maka dia gagahi juga, dia tak risau, lagi pun baru semalam ayah dan mak Siti selesai membuat bacaan Yaasin....
Dengan penuh keyakinan, Siti pun merapatkan kelopak matanya..... sejurus selepas itu.... dia terbayangkan ada hantu dibawah katilnya......
Siti memejamkan matanya dengan lebih kuat lagi.... tapi, semakin kuat dia memejamkan mata, semakin dahsyat, bayangan hantu bawah katil itu..... Siti pula lagi tak berani nak buka mata, takut2 ada kelibat adik beradik Ju-Onn....
Sewaktu Siti memejamkan mata itu, dia terbayangkan sejarah hantu di bawah katil itu... asalnya dia seorang lelaki yang gagah dan amat menawan, mempunyai seorang kekasih...walaupun kekasihnya itu selalu membuat onar, lelaki tersebut masih lagi bersabar kerana tidak percaya dengan cakap2 orang..... akhirnya, dia bersembunyi di bawah katil di dalam sebuah rumah tinggal yang dikatakan orang ramai tempat kekasihnya selalu membuat onar....
Sungguh memilukan hati lelaki tersebut, benar2 kekasihnya membuat onar walaupun dia setia dan begitu menyayanginya.... lelaki itu menggegarkan kati sambil mengeluarkan tangan untuk mengejutkan pasangan yang sedang hanyut mengikut rentak syaitan.....
Tiba2, lelaki durjana itu bangun dan menarik keluar lelaki malang tersebut dari bawah katil....Lelaki durjana itu membelasah lelaki malang itu sepuas hatinya... seluruh badan lelaki malang itu bengkak-bengkak dan lebam-lebam.... kekasihnya hanya sekadar melihat dan tidak bersuara membelanya, bertambah sedih dan pilu hatinya...
Akhirnya, sebelum sempat lelaki durjana itu membunuh, lelaki malang tersebut telah meninggal dunia kerana kepiluan hati yang teramat sangat.... Mayatnya disembunyikan dibawah katil.... dan rumah tinggal itu dibakar....
Kekasih lelaki malang itu tidak berkahwin sehinga akhir hayatnya kerana sering berpindah rumah...dikatakan diganggu oleh hantu kekasihnya setiap malam...akhirnya dia membunuh diri dengan menggantung diri di rumah yang Siti tinggal sekarang!!!
Siti panik!!! Apa yang harus dilakukan? Rasa mengantuknya hilang... dan tiba-tiba.... katilnya bergegar!!!!!! Siti menjerit sekuat hatinya!!!!!
"Siti! Siti! Kenapa kau menjerit macam nampak hantu?"
Rupa-rupanya ayahnya berpatah balik kerana maknya tertinggal purse..... Puas juga Siti menadah telinga dimarahi ayah dan maknya kerana terlupa nak kunci pintu sebelum tidur... Malam itu juga Siti ikut mak ayahnya balik kampung... Ayah dan ibunya terpaksa menuruti kemahuannya walau pun tidak setuju anak kesayangan mereka lupakan kerjaya idamannya selama ini hanya kerana bayangan.....HANTU BAWAH KATIL!!!!!!
~TAMMAT~
3 comments:
acik dh nampak entry ni malam td..
tp takot nak baca..dah siang2 ni baru baca..mukakak
akak,ni citer btol ke tipu??
katakan tipu..tipuuu..tipuuuuu!
memang tipu pon... sajer ubah suai jadi umah sewa...
akak akan tukar citer mengikut org yang mendengar atau membacanya...
adik bongsu akak, sampai tak berani tidur dalam bilik akak dulu.. hehe....
Lagi satu, baca siang2 pun, malam akan teringat jugak kan?
Hehehe...hahaha..gelak jahat!!!!
Post a Comment